Wednesday, October 31, 2018

Kelahiran zuriat pertama

Alhamdulillah wal hamdulillah tsummal hamdulillah..
Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin..

Kronologi peristiwa :

Selasa,  31 julai 2018.
Dalam perjalanan turun kerja, singgah semerak hantar bini kat rumah mentua. Sambung perjalanan ke sekolah, tiba2 dapat call dari bini suruh balit sebab tiba2 keluar darah. Pecut patah balit ke rumah mentua, inform kat GPK1 ambik CRK. Kemas2 barang terus ke hospital. Mak & mak mentua ikut sekali. Kat hospital nait tingkat 4 chek, doktor pun suruh masuk wad tingkat 5. Bini dah mula sakit2 bahagian perut, pinggang. Tunggu punya tunggu sampe malam, belum bersalin cuma bini makin sakit. Last2 bermalam di hospital.

Rabu, 1 ogos 2018.
Belum ada perkembangan cuma bini sakit perut dengan pinggang lebih kerap & makin kuat. Nek nah kebetulan datang ke hospital terus ngabas bini kat wad. Lepas nek nah cek perut, berik air penawar sikit, nya madah dah dekat nak bersalin. Petang lebih kurang waktu asar bini aku pun masuk wad bersalin, tingkat 4. Doktor suruh aku masuk dalam lepas ya doktor inform ada sikit masalah. Air ketuban belum pecah, tapi baby dah mula berak. Takut baby makan kotoran akan ada risiko jangkitan kuman pada baby. Jadi xdapat tunggu air ketuban pecah dan perlu bersalin by operation (ceasar). Jam 6.44 petang alhamdulillah operation berjaya, baby boy dilahirkan. Bini & baby masuk wad tingkat 5. Lepas azan, iqamah kat telinga baby, doktor chek bini. Tiba2 ada masalah. Allah. Dah mula rasa xnyaman ati. Doktor madah tekanan darah bini aku low gilak. Sampe 2, 3 orang doktor datang check. Lepas discussion antara sidak, bini aku terpaksa di hantar balit kat wad bersalin tingkat 4 untuk pemantauan.  Baby, ada nurse yang handle. Mak dengan mak mentua dah mula panik sebab xtauk apa cerita sampe terpaksa masuk wad bersalin agik. Aku sorang jak yang dibenar untuk jaga bini dalam wad. Doktor ambik masa untuk check 2, 3 kali.

Khamis, 2 ogos 2018.
Tengah malam bini dah mula rasa sakit kat bahagian perut, bahu, hampir seluruh badan. Sakit, pedih. Bini aku dah mula nangis.  Doktor makin rami yang chek. Discuss lagik. Scan perut, chek jahitan, chek darah. Darah banyak ilang. Tekanan darah makin rendah. Doktor pakar terpaksa explain kat aku apa yang jadi.

Doktor padah :
- bini aku ilang banyak darah cepat gilak
- tekanan darah makin rendah
- doktor kesan ada pendarahan kat dalam perut
- doktor syak ada saluran darah yg terlepas pandang masa jahit
- untuk solution, bini aku terpaksa dioperate kali ke 2 untuk carik salur darah yang bermasalah
- risiko mun salur darah ya xdapat temu, terpaksa buang rahim untuk selamatkan nyawa.

Allahu. Dugaan. Kelu aku. Cuma aku padah kat doktor, polah lah yang terbaik. Bini aku xdapat tahan lagik sebab makin sakit. Cuma aku dapat padah dengan bini aku, sabar. Andai kata doktor terpaksa buang rahim, kita redha ajak mun ya yang terbaik / jalan terakhir. Bini aku angguk, faham. Pasrah. Cuma berharap Allah berik keajaiban. Mudahkan segala urusan. Aku pegi carik mak dengan mak mertua kat luar wad. Sidak tengah tidur. Aku gerak & padah dengan sidak duak. Terkejut, terdiam. Lebih kurang jam 3.30 pagi doktor mbak bini aku ke bilik pembedahan tingkat 3. Aku, mak & mak mertua duduk. Masing2 diam. Xterkata apa2. Cuma berharap xda pa2 yang buruk. Lebih kurang jam 5.30 pagi aku pegi depan dewan bedah, tunggu doktor nak tauk perkembangan. Kebetulan doktor bedah nampak aku kat luar lepas ya nya tunggah suruh masuk. Doktor explain dengan aku gik apa yang jadi.

Alhamdulillah, doktor kata:
- saluran darah yang mungkin sidak terlepas pandang masa ceasar tadik ya xda pun rupanya
- rupanya ada sikit kebocoran kat salah satu salur darah yang ntam bleeding kat dalam
- doktor dah jumpa masalah, operation selamat
- risiko buang rahim alhamdulillah x ada

Syukur. Xberasa air mata jatuh. Allah ganti rasa takut, bingung, resah, gelisah, sedih, dengan perasaan terharu, sedih, gembira x terkata. Semua yang berlaku atas aturan, kehendak Allah. Allah maha mengetahui.

Bini masih dalam dewan bedah, ditahan dalam 2, 3 jam gik untuk pemantauan. Aku call mak mertua, maklumkan hal ya. Alhamdulillah masing2 lega. Aku terus ke tingkat 2 solat subuh kat suro. Lega.

10.30 pagi bini aku dah dihantar dari dewan bedah ke wad bersalin tingkat 4. Masih dalam pemantauan doktor. Bini aku sedar cuma badan masih terlalu lemah. Baby masih diurus oleh nurse dalam wad bersalin ya juak.

Jumaat, 3 ogos 2018.
Alhamdulillah, bini aku dah mula rasa ok. Cuma badan masih belum kuat nak bergerak. Masih terbaring. Sakit2 pun dah kurang, cuma tinggal bahagian perut bekas operate ajak yang masih sakit. Baby pun nurse dah mula hantar kat kmk duak. Cuma waktu menyusu, nurse ambik balit baby. Bini aku belum dapat berik baby susu.

Petang, lebih kurang pukul 3, keadaan makin ok. Alhamdulillah bini aku dah disuruh masuk ke wad tingkat 5. Maksudnya dah mula stabil. Cuma baby masih ditahan kat nursery sebab kuning. Petang dalam pukul 6.30 baruk baby diserah dengan bini aku kat wad tingkat 5. Syukur.

alhamdulillah.. dugaan Allah berik dalam masa Allah berik rezeki.. syukur semuanya selamat..

nama baby? NAZHAN BIN ADHWA ARIF ATAULLAH.. ringkas, x kedak nama abah nya.. hehe