Monday, May 30, 2011

~pusak di rumah~

isnin @ 30 mei 2011


pagi tadik lepas subuh terus pegi eport..

nak tangga abg ikhwan berangkat pegi umrah..

lamak juak la lepak kat KLIA tadik..

malam tok insyaALLAH bertolak ke penang ngan abg pijan...

xjadi pake train..pake bus..huhu~

dah lamak xnait bus ekspres tok...

seminggu lebih kat cnun..huh~

takut juak lamak2 kat umah urang...hehe

supan bah...=P

tp abg pijan mdh xpa...xda masalah..

apa2 pun..mudah2an selamat sampe..amiiin..

balit sarawak lamak gik..8 jun..

rindu juak ngan family..huhu

sabar...sabar...

hujung minggu tok insyaALLAH pegi pengilan nikah abg azuan..

kat kelantan...

da gik senior lain yg kawen cuti tok..dah sampe seru..

aku lamak gik..haha

ok la...selamat bercuti...(",)



Saturday, May 28, 2011

~selamat bercuti~


cuti sem dah start..
xterasa dh nk masuk sem 4 (tahun ke-2) bulan depan..sekejap jk masa berlalu..
rasa macam baruk tahun lepas masuk maktab tok...
tahun depan dah start praktikum kat sekolah..huh~
bila dengar cerita dari senior2 pasal praktikum tok, adui...jadi makin takut jak..

xpa la..ya tahun depan pun cerita..
cuti tok lom tauk gik apa nk polah..belum ada apa2 plan...
baru2 tok, kawan2 masa sekolah rendah dolok ada contact aku..
sidak nak molah reunion..bunyi macam best..boleh la temu ngan geng2 sekolah rendah dolok..
tp...xtauk la aku dapat join ka x..sidak cadang nak molah 30hb...
mun 30hb, aku xdapat la join..aku pulang sarawak 8hb...
ada juak yang madah nak molah 11hb..mun 11hb ok la...
dpt aku join..maknanya kinek tok tarikh reunion ya belum kompom gik..

sebenarnya..aku dah lamak ada plan nak molah program..
program untuk biak2 kat kampung aku ya..kira macam kem la..
aku ingat nak ajak geng2 sekolah menengah dolok jadi fasi untuk program ya kelak..
so, aku plan cuti tok (mun sempat) nak ajak sidak ya berondeng..
plan bena2 program ya..fokus aku, biak darjah 4-form 3...
program xda la grand gilak..
aku lebih suka pake pendekatan yang santai2 jak..
mun jadi la plan aku tok, kira ok la..xmok la sekadar angan2 jak..
tangga la mun xda halangan pa2 masa cuti tok, aku try la ajak geng2 bincang bena2..

kat rumah pun xtauk nak polah apa...
harap2 aku xmalas la kat umah cuti tok..hmm..
biasanya mun cuti, rutin kat rumah macam biasa la..
tido, makan, jalan kat umah nenek, men futsal...
ada mbak buku...kira nak baca la time cuti..konon2nya..
tapi biasa la...rasa malas mengatasi rasa nak baca buku ya..
huh~
belum cukup kuat gik aku nak lawan malas ya..
mun ada ubat k ngubat penyakit malas tok maok juak aku beli..

malas...o0 malas...pegi la jauh2...

cuti kali tok aku just seminggu lebih jak kat umah walaupun cuti ada 3 minggu..
sebab..seminggu lebih ya gik aku g penang...
ikut senior..senior ya naqib aku dolok...
dah lamak nya ajak g penang (rumah nya)..dari tahun pertama aku masuk maktab nya dah ajak..
kinek tok nya dh tahun akhir kat maktab..so, aku ikut la..huhu
lagipun ada senior yang nak kawen cuti tok..boleh la aku terus pegi pengilan kawen..
rami senior nak kawen..ya la..dah tahun last..tahun depan dah posting..
boleh la kawen..huhu jodoh sampe awal..=)

sem depan dapat junior baru..
xtauk la rami ka x yg dari sarawak dapat kat maktab tok..
mun rami, bagus la..ALHAMDULILLAH..
biar sidak biasa ngan bi'ah kat sitok..islamik..
harapan terbesar..biar kita biak sarawak tok dapat ngembak islam kat negeri kita mpun..
jangan biar urang islam kat sarawak ya juz islam pada nama jak..
lebih2 gik family kita..
kan best mun rami family kat sarawak ya islamik..pake tudung labuh..jaga solat...
terutama yang kat kampung..sedih juak bila tangga keadaan macam ya..
tapi apakan daya..
dirik kita pun xkuat...terutama aku mpun..
terasa berat gilak nak tegur...
ALLAHU RABBI...~



"ya ALLAH..berikanlah kepadaku hikmah..dan masukkanlah aku dalam golongan orang2 yang soleh..dan jadikanlah aku termasuk orang2 yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan.."

"ya ALLAH...aku berlindung padaMU dari rundungan sedih dan duka..aku berlindung padaMU dari sifat malas dan lemah...aku berlindung kepadaMU dari sifat penakut dan kedekut..dan aku berlindung kepadaMU dari beban hutang dan penindasan orang.."

"ya ALLAH...sesungguhnya aku seorang yang lemah..justeru itu kuatkanlah aku..sesungguhnya aku seorang yang hina..justeru itu muliakanlah aku..sesungguhnya aku seorang yang fakir..justeru itu kayakanlah aku...kuatkanlah diri hambaMU ini ya ARHAMAR RAHIMIN...amiiin ya RABB.."

BIG sk kampung kuala pajam


sekolah tempat kmk org BIG kali tok


antara peserta BIG yang terlibat


kawan2 guru pelatih yg lain tgh molah aktiviti dgn pelajar thn 5 & 6


pelajar diberik tunjuk ajar dlm kumpulan oleh fasi


pelajar tegah fokus mencipta "kereta" utk kumpulan masing2



kereta yg dh siap utk b'lombak =)


aku tgh cat khat kt suro sekolah


kerusi2 kt dewan makan sekolah dicat juak


tengah gantung kata2 hikmah kt sepanjang susur gajah


nama2 surah dlm al-quran dilekat kt dinding suro


melukis mural kat dinding kelas



molah garisan 'ting2' & gelanggang badminton



tugu mutiara kata



misi & visi sekolah kt depan pintu pagar sekolah


mural makmal sains

penat + puas hati........huhu ya lah gambaran perasaan kmk org lepas selesai BIG kali tok..mula2 sampe, sekolah tok kosong..maklumlah..bangunan baru..utk BIG kali tok, kmk org molah khidmat masyarakat..kira molah kerja2 kebajikan la..so, aku pun mls nk cerita pjg2..ktk org bc jak la refleksi tugasan aku tok..huhu~

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan sekalian alam. Juga selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda yang telah bersama-sama memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini.

Pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya dan rakan-rakan telah berjaya melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat bagi program Bina Insan Guru yang telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 23 April 2011. Program BIG untuk kali ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Pajam, Selangor. Kesemua peserta yang terlibat untuk BIG ini terdiri daripada empat buah kuliah sahaja iaitu kuliah Pengajian Islam 1, kuliah Pengajian Islam 2, kuliah Sains Sosial dan kuliah Bahasa Melayu Pemulihan.

Untuk program kali ini, kami dikehendaki untuk membuat gotong-royong mencantikkan kawasan sekolah dan juga membuat aktiviti motivasi kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Oleh itu, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana kumpulan yang pertama akan melakukan aktiviti gotong-royong manakala kumpulan yang kedua pula akan mengadakan aktiviti motivasi kepada para pelajar.

Pada mulanya, saya tersenarai dalam kumpulan kedua yang mana kami diarahkan untuk memberi motivasi kepada pelajar. Namun, saya telah dipanggil oleh salah seorang rakan untuk membantu mereka menghias surau yang terdapat di sekolah itu. Rakan saya memaklumkan bahawa salah seorang guru j-Qaf di sekolah itu telah meminta untuk melakar tulisan khat pada dinding surau dan oleh kerana itulah dia meminta saya untuk menolong mereka melakar khat tersebut. Guru j-Qaf tersebut meminta saya menulis surah al-Asr untuk diletakkan pada bahagian dinding hadapan surau.

Ini merupakan pengalaman yang pertama bagi diri saya menulis khat untuk dijadikan sebagai mural kerana sebelum ini saya hanya menulis khat pada kertas biasa dan bersaiz kecil. Pada mulanya saya agak keberatan untuk menulis khat tersebut kerana bimbang tulisan yang saya hasilkan nanti tidak cantik. Namun setelah beberapa kali diminta oleh guru tersebut barulah saya berkeyakinan untuk memulakan lakaran. Setelah hampir satu jam melakar dan menebuk tulisan khat yang telah saya lakarkan pada kad manila, saya dan beberapa orang rakan mula mewarnakan tulisan tersebut pada dinding menggunakan pelaka. Kerja-kerja mewarna ini tidak memakan masa yang lama. Beberapa minit kemudian kami sudah boleh melihat hasil lakaran tadi pada dinding surau. Walaupun tidak secantik mana, namun kami berpuas hati dengan hasil kerja yang telah kami lakukan.

Sepanjang melaksanakan tugas semasa BIG ini, kerjasama yang tinggi antara para peserta jelas kelihatan. Setelah selesai melakukan tugas masing-masing, kami berasa amat teruja dan gembira dengan hasil kerja yang telah kami lakukan. Bangunan sekolah yang pada mulanya tadi kelihatan kosong kini nampak labih ceria dengan hiasan dinding, warna-warni sisi jalan yang telah dicat, gelanggang badminton yang baru dicat dan banyak lagi pembaharuan dan penambahan yang telah kami lakukan sepanjang satu hari berada di sekolah ini.

Banyak pengalaman dan manfaat yang saya perolehi melalui program BIG kali ini. Aktiviti-aktiviti ini amat sesuai sebagai suatu persediaan sebelum menghadapi praktikum dan juga apabila berada di alam pekerjaan di sekolah kelak. Saya berharap aktiviti seumpama ini akan terus dilakukan pada masa-masa yang akan datang kerana banyak manfaat yang dapat diperolehi dalam program seperti ini.

Sekian, wassalam.



majlis khatam quran PISMP SEM 3 (pengajian agama)

tarikh : 7 april 2011 @ khamis @ masjid imam as-syafiee


majlis khatam quran kali tok pun merupakan salah satu dr tugasan projek kmk org PISMP sem 3 pengajian agama..tugasan tok bagi sukatan mata pelajaran PQE 3101 TILAWAH & TAFSIR QURAN..pelajar muslimin yg jd peserta khatam quran tok..yg muslimat tangga jak..cdak ya pun dh byk ngurus perjalanan majlis tok..



backdrop majlis khatam quran


persediaan sebelum peserta ambik tempat


peserta memulakan bacaan surah2 lazim


antara pensyarah dari jabatan quran sunnah


ajk protokol


muslimat 3.01 (coklat) & muslimat 3.02 (hijau)


peserta menikmati jamuan ringan lepas tamat majlis

majlis khatam quran tok xlmk..juz ambik masa lebih kurang sejam jk..ada ucapan perasmian penutupan dari ketua jabatan quran sunnah, ustaz Ra'ani...abis majlis, masing2 terus balit kelas..kuliah diteruskan mcm biasa...=)



sambil2 ya..jom kita sm2 renungkan beberapa dalil berkaitan kelebihan al-quran:

"Bandingan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti Utrujjah (sejenis buah limau), baunya harum dan rasanya sedap. Bandingan mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti biji tamar yang tidak ada baunya tetapi rasanya sedap dan manis. Bandingan orang munafik yang membaca al-Quran adalah seperti raihanah (minyak wangi), baunya harum tetapi rasanya pahit. Bandingan orang munafik yang tidak membaca al-Quran adalah seperti hanzalah (sejenis timun), ia tidak mempunyai bau dan rasanya pula pahit.." h.r. bukhari & muslim


"Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada tuannya (yang membacanya)...." h.r. muslim


Allah berfirman: "sesiapa yang tidak sempat mengingati Aku dan berdoa kepada Ku kerana sibuk dengan al-Quran, nescaya akan Ku berikan kepadanya lebih baik lagi daripada apa yang pernah Aku berikan kepada orang lain yang meminta (berdoa). Kalam Allah ini lebih utama daripada kalam yang lain seperti mana lebihnya Allah daripada segala makhluk-Nya.." h.r. tirmizi



"
Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam dadanya sesuatu dari al-Quran diumpamakan seperti rumah usang.." h.r. tirmizi