Saturday, May 28, 2011

BIG sk kampung kuala pajam


sekolah tempat kmk org BIG kali tok


antara peserta BIG yang terlibat


kawan2 guru pelatih yg lain tgh molah aktiviti dgn pelajar thn 5 & 6


pelajar diberik tunjuk ajar dlm kumpulan oleh fasi


pelajar tegah fokus mencipta "kereta" utk kumpulan masing2



kereta yg dh siap utk b'lombak =)


aku tgh cat khat kt suro sekolah


kerusi2 kt dewan makan sekolah dicat juak


tengah gantung kata2 hikmah kt sepanjang susur gajah


nama2 surah dlm al-quran dilekat kt dinding suro


melukis mural kat dinding kelas



molah garisan 'ting2' & gelanggang badminton



tugu mutiara kata



misi & visi sekolah kt depan pintu pagar sekolah


mural makmal sains

penat + puas hati........huhu ya lah gambaran perasaan kmk org lepas selesai BIG kali tok..mula2 sampe, sekolah tok kosong..maklumlah..bangunan baru..utk BIG kali tok, kmk org molah khidmat masyarakat..kira molah kerja2 kebajikan la..so, aku pun mls nk cerita pjg2..ktk org bc jak la refleksi tugasan aku tok..huhu~

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan sekalian alam. Juga selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda yang telah bersama-sama memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini.

Pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya dan rakan-rakan telah berjaya melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat bagi program Bina Insan Guru yang telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 23 April 2011. Program BIG untuk kali ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Pajam, Selangor. Kesemua peserta yang terlibat untuk BIG ini terdiri daripada empat buah kuliah sahaja iaitu kuliah Pengajian Islam 1, kuliah Pengajian Islam 2, kuliah Sains Sosial dan kuliah Bahasa Melayu Pemulihan.

Untuk program kali ini, kami dikehendaki untuk membuat gotong-royong mencantikkan kawasan sekolah dan juga membuat aktiviti motivasi kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Oleh itu, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana kumpulan yang pertama akan melakukan aktiviti gotong-royong manakala kumpulan yang kedua pula akan mengadakan aktiviti motivasi kepada para pelajar.

Pada mulanya, saya tersenarai dalam kumpulan kedua yang mana kami diarahkan untuk memberi motivasi kepada pelajar. Namun, saya telah dipanggil oleh salah seorang rakan untuk membantu mereka menghias surau yang terdapat di sekolah itu. Rakan saya memaklumkan bahawa salah seorang guru j-Qaf di sekolah itu telah meminta untuk melakar tulisan khat pada dinding surau dan oleh kerana itulah dia meminta saya untuk menolong mereka melakar khat tersebut. Guru j-Qaf tersebut meminta saya menulis surah al-Asr untuk diletakkan pada bahagian dinding hadapan surau.

Ini merupakan pengalaman yang pertama bagi diri saya menulis khat untuk dijadikan sebagai mural kerana sebelum ini saya hanya menulis khat pada kertas biasa dan bersaiz kecil. Pada mulanya saya agak keberatan untuk menulis khat tersebut kerana bimbang tulisan yang saya hasilkan nanti tidak cantik. Namun setelah beberapa kali diminta oleh guru tersebut barulah saya berkeyakinan untuk memulakan lakaran. Setelah hampir satu jam melakar dan menebuk tulisan khat yang telah saya lakarkan pada kad manila, saya dan beberapa orang rakan mula mewarnakan tulisan tersebut pada dinding menggunakan pelaka. Kerja-kerja mewarna ini tidak memakan masa yang lama. Beberapa minit kemudian kami sudah boleh melihat hasil lakaran tadi pada dinding surau. Walaupun tidak secantik mana, namun kami berpuas hati dengan hasil kerja yang telah kami lakukan.

Sepanjang melaksanakan tugas semasa BIG ini, kerjasama yang tinggi antara para peserta jelas kelihatan. Setelah selesai melakukan tugas masing-masing, kami berasa amat teruja dan gembira dengan hasil kerja yang telah kami lakukan. Bangunan sekolah yang pada mulanya tadi kelihatan kosong kini nampak labih ceria dengan hiasan dinding, warna-warni sisi jalan yang telah dicat, gelanggang badminton yang baru dicat dan banyak lagi pembaharuan dan penambahan yang telah kami lakukan sepanjang satu hari berada di sekolah ini.

Banyak pengalaman dan manfaat yang saya perolehi melalui program BIG kali ini. Aktiviti-aktiviti ini amat sesuai sebagai suatu persediaan sebelum menghadapi praktikum dan juga apabila berada di alam pekerjaan di sekolah kelak. Saya berharap aktiviti seumpama ini akan terus dilakukan pada masa-masa yang akan datang kerana banyak manfaat yang dapat diperolehi dalam program seperti ini.

Sekian, wassalam.



No comments:

Post a Comment