Saturday, October 27, 2012

dugaan :'(


"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan : kami telah beriman, sedang mereka belum diuji? "
-al-ankabut 2-3-

bismillahirahmanirahim..

ya Allah ya Rahman ya Rahim..
dengan rasa penuh kehambaan terhadapMu..
dengan rasa penuh kehinaan terhadapMu..
aku sedar betapa kerdilnya diri ini..
maka aku memohon padaMu ya Allah.. 
berilah kekuatan kepada hambaMu ini..
aku memohon kepadaMu ya Allah..
sungguh,, hambaMu ini amat memerlukan kekuatan..

ya Allah..
hanya padaMu aku berserah.. hanya padaMu jua aku memohon..
Kau permudahkan lah segala urusanku..
Kau permudahkan lah urusan keluargaku..
Kau selamatkan lah kami dari sebarang perkara yang tidak kami ingini..
Kau jauhilah kami dari menjadi mangsa hasad dengki manusia..
sesungguhnya Kau maha mendengar rintihan hamba2Mu..

ya Rahman, ya Rahim..
Kau peliharalah iman Kami..
Kau jauhilah kami daripada tergolong dalam golongan yang lemah..
Kau tabahkanlah hati2 kami dalam mengharungi segala dugaan dan ujianMu ya Allah..
sesungguhnya kami redha atas segala ketentuanMu..

amin.. ya Rabb.. :'(


sabar..
setiap dugaan dan ujian yang datang..
tanda Allah sayang kepada kita..
bersangka baik pada Allah..
Allahu Rabbi..
semakin Allah sayang pada kita..
semakin hebat ujian yang Allah turunkan..
semoga ada hikmah atas semua yang berlaku..
insyaAllah.. :')



No comments:

Post a Comment