Monday, January 16, 2012

pilihanraya kampus (PRK) ipg kpi 2012


-kepimpinan bukan kebanggaan, akan tetapi satu amanah yang cukup berat-

-dakwah no1, akademik bukan no2-

-merakyat kebajikan, merawat reformasi -


- saya bukanlah yang terbaik dalam kalangan anda namun jika saya diberikan peluang, insyaALLAH saya akan melakukan yang terbaik -

- al-qiadah itu adalah taklifan bukannya tasyrif, kepimpinan itu adalah amanah bukannya kemasyhuran..taklif laa tasyrif -


- cara Islam teras keunggulan -

- ke mana anda melangkah, anda melangkah bersama disiplin -

- melestari kepemimpinan murabbi unggul -

- pemimpin : bukan sekadar rupa -

- mahasiswa IPG, pencetus kreadibiliti guru berkualiti -

- islah qiadah, terjaga bi'ah -

- saya tidak meminta anda mengundi saya, tetapi islam mewajibkan anda memilih pemimpin yang terbaik -

- akidah kita kukuhkan, bi'ah solehah kita kekalkan -

- suara mahasiswa pasti didengari -


salam...=) huhu..mesti ktk orang pelik nak dengan kata2 kat atas ya.. hmm.. tok ceritanya...




-pilihanraya kampus (PRK) IPG KPI 2012 kali tok semakin hangat... huh... agak rami juak calon yang bertanding untuk pilihanraya kali tok...calon2 yang bertanding ya semuanya mantap2..nak merebut jawatan JPP kampus...semua yang aku salin di atas ya antara beberapa manifesto yang dikeluarkan oleh calon2 yang bertanding...insyaALLAH berdasarkan semangat & keyakinan semua calon yang bertanding tok, perwakilan JPP IPG KPI bagi sesi 2012/2013 tok dijangka akan lebih mantap, hebat, berkualiti...=) bukannya nak madah perwakilan yang sebelum tok xmantap, cuma berdasarkan 'gelombang' & 'aura' yang dapat dirasakan sepanjang tempoh berkempen tok aku yakin semua calon akan bersungguh2 memperjuangkan apa yang sidak bena2 ingin perjuangkan di kampus kelak...

namun, disebalik kehangatan PRK tok, ada juak beberapa isu yang xberapa sedap didengar...sebenarnya isu tok dah lamak dimainkan oleh beberapa individu sebelum tok..dan aku heran kenak isu tok still diperbesar2kan..apa niat sebenar individu yang timbulkan isu tok? adakah nya sengaja nak kucar-kacirkan suasana / bi'ah kat IPG tok? ataupun nya sekadar nak curi perhatian pelajar dengan menimbulkan isu / molah statement yang berbaur asobiah? ataupun nya sengaja nak luahkan rasa xpuas hati terhadap pelajar pengkhususan kat maktab tok / berniat nak tanamkan rasa bencik pelajar bukan pengkhususan terhadap pelajar pengkhususan kat maktab tok? WALLAHUA'LAM...kita sama2 xtauk apa niat sebenar individu ya...

isu yang individu ya timbulkan, "masih wajarkah jawatan YDP dari pelajar kos agama?" huh~ soalan ya yang xwajar ditanyak sebenarnya... pahal nya nak pertikaikan lagik? dah termaktub dalam syarat JPP maktab, ne nak molah...kan pelik..YDP dah baca manual pilihanraya nak..xkan xpaham2 gik...dah la individu ya mpun xmasuk bertanding, nya gik lebih2 pertikaikan isu tok...rami gik calon dari kos lain yang masuk bertanding tapi xda pun sidak madah pa2 pasal hal ya...yang xbertanding gik lebih2..mun bena mok pejuangkan nak ya, masuk la bertanding..kmk orang dari kos agama tok xda pun nak madah pa2...menang kalah ya biasa lah nak..mun xpun, polah itam putih, mbak kat pihak atasan...berik hujah ktk orang pasal ya..jangan setakat nak perjuangkan kat FB ajak tapi xda usaha pun nak agak sidak atasan untuk bincang hal ya...syarat yang menetapkan YDP dari kos agama ya bukannya kmk orang yang tentukan...

aku pun xberniat nak timbulkan isu pengkhususan kat blog tok..juz nak ingatkan...tok IPG kampus pendidikan islam...cuba ingat sejarah maktab tok dolok...dolok xda kos lain kat maktab tok..yang ada juz kos PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB jak...kos lain ya masuk kat maktab tok tahun bila? baruk jak berapa tahun...ya pun terpilih ditempatkan kat maktab tok..spatutnya bersyukur...bukannya cuba nak pecah-belahkan bi'ah kat sitok..lagikpun selamak tok aku rasa maktab kita aman damai jak..belum ada pun kes2 teruk berbanding maktab lain..orang luar pun respect bila kita sebut kita tok student IPG KPI..xda orang bertanggapan jaik kat kita..so, apa guna nak keruhkan lagik keadaan...memang la xkesah sapa2 pun nak jadi YDP..kos apa pun YDP ya, xda jadi masalah mun nya bena2 laksanakan tanggungjawab ya dengan amanah...tapi bila dah peraturan tetapkan YDP adalah pelajar kos agama, so kita terimak jak lah...apa nak dibahaskan lagik... mun masih lagik nak perjuangkan YDP bukan dari kos agama, teruskanlah... silakan... tapi jangan ada cubaan nak jatuhkan mana2 kos...perjuangkanlah dengan cara yang betul..saluran yang betul... jangan cuba nak 'sabung-menyabung' pelajar2 kita..kita dah senior... dah boleh pikir secara matang nak...

jangan sampe maktab kita tok kelak 'indah nama dari rupa'... ya yang kita xmaok...sama2 kita jaga nama bait maktab..baruk ilmu2 yang kita dapat kat sitok ya berkat..mun nak perjuangkan sesuatu, pake cara yang berhemah..islam dah ajar kita pasal ya...ukhuwah kita ya mok dijaga...kita kan seAGAMA, seAKIDAH...matlamat kita pun sama..nak dapatkan KEREDHAAN ALLAH nk...? insyaALLAH...

so, aku harap disamping kita ghairah berkempen dalam PRK tok, jangan ada permusuhan antara kita..berkempen secara profesional...kita kan warga pendidik...sepatutnya kita dah boleh pikir secara matang dalam menangani sesuatu masalah...rendahkan sikit ego masing2...semoga ukhuwah kita berpanjangan... AMIIIN..

~ALLAHUMMA YA MUQALLIBAL QULUB, THABBIT QULUBANA 'ALA DINIK WA'ALA THA'ATIK..AMIN YA RABB..~



No comments:

Post a Comment